Paparan
Sebuah destinasi percutian suasana kampung yang menghargai kehijauan alam semulajadi. Dengan hanya 36km dari Kuala Lumpur ke lokasi Inap Desa Chalets Janda Baik serta 35 minit perjalanan, memisahkan anda jauh dari kesibukan ibukota. menjanjikan satu percutian yang lebih mendamaikan bersama rakan-rakan serta keluarga tersayang.

Kanan ialah Chalet Keli & Tongsan manakala sebelah kiri Chalets Talapia & Lampam. Kabus meliputi bukit-bukau pada waktu pagi, cuaca yang sejuk & segar sudah menjadi kebiasaan persekitaran di Janda Baik.

Chalets yang dilengkapi penghawa dingin, TV ( Astro ), Bilik Air serta kemudahan lain.

Chalets 2 Tingkat yang dibina mengadap kolam ikan dikelilingi pokok buah-buahan & pokok bunga membuatkan sesiapa yang menetap mendapat ketenangan yang diimpikan.

Tempat bersantai bersama teman atau keluarga sambil menikmati kelibat ikan yang berenang di dalam kolam.

Sungai yang jernih serta masih terpelihara ini menjadi pilihan untuk bermandi-manda.

Tempat untuk aktiviti memasak & menjamu selera berlatarbelakangkan bunyian air sungai yang mengalir di celah-celah batu membuatkan sesiapa sahaja merasai ketenangan di sini.

Keadaan persekitaran antara Chalet-chalet yang terdapat di Inap Desa Janda Baik.

Terdapat pelbagai jenis flora yang boleh didapati di sini, pengunjung boleh membeli untuk di bawa balik sebagai buah tangan atau koleksi tanaman di rumah.