Mengenai Inap Desa Chalets Janda Baik
Lokasi : Janda Baik, Bentong, Pahang. 40km jarak dari Kuala Lumpur
( 03 31N Longitude 101 55 E )1500 - 4500 Kaki Dari Aras Laut
Suhu 22' - 28' Celsius Pada Siang Hari & 21' Celsius Ke Bawah Pada Malam Hari


Inap Desa Chalets Janda Baik
Inap Desa Chalets terletak di Janda Baik, Pahang.
Lokasi ini hanya mengambil perjalanan 45 minit memandu dari kotaraya Kuala Lumpur iaitu lebih kurang 40 kilometer.
Inap Desa Chalets Janda Baik ini menyajikan kepada anda ruang percutian yang menarik dan menenangkan untuk anda bersama keluarga atau teman-teman. Selain melihat kehijauan alam semulajadi, anda juga dapat merehatkan minda dan fikiran setelah penat bekerja.
Bagi mereka yang baru berumahtangga, lokasi kami juga sesuai untuk anda berbulan madu. Pelbagai kemudahan kami sediakan untuk anda untuk majlis hari keluarga, majlis hari jadi, jungle tracking, barbeque, karaoke, memancing dan lain-lain.
Kesimpulannya, percutian anda di Inap Desa Chalets Janda Baik ini bakal memberikan kesegaran dan ketenangan dalam hidup anda.
Untuk tempahan, bolehlah anda hubungi ROSANITA 019-9561906
Aktiviti
​
Dikelilingi panorama gunung-ganang menghijau, aktiviti bersama keluarga di sungai hadapan chalets, BBQ, outdoor karaoke tanpa gangguan orang ramai, juga terdapat jualan pokok-pokok bunga/buah-buahan.Anda juga boleh melakukan aktiviti memancing di kolam yang terdapat di Inap Desa Chalets dengan bayaran mengikut tangkapan & ikan yang segar boleh terus dimasak/BBQ bersama keluarga atau teman.